Thursday 12 November 2015
CONTACT US
Sekiranya UM@R HOMESTAY menepati keperluan kalian,...Sudilah kiranya hubungi kami :
ENCIK FAIZAL HAZIZI BIN ROSLI : 012-2676252 ( call/message/wasap )
PUAN NORLIZA BINTI IDRIS : 017-6548845 ( call/message/wasap )
Berjumpa kita di UM@R HOMESTAY :
no ; 1069 lorong seremban 3 35/3
taman seremban 3
70300 seremban
negeri sembilan darul khusus
Thursday 29 October 2015
HOMESTAY MURAH DI SEREMBAN 3, UITM SEREMBAN 3 DI NEGERI SEMBILAN
Assalamualaikum…wbt…dan selamat sejahtera .....
Saya nak perkenalkan homestay pertama kami, UMAR HOMESTAY yang terletak di Taman Seremban 3, Seremban 3, Negeri Sembilan Darul Khusus. UMAR HOMESTAY merupakan homestay corner lot dan berhadapan dengan padang permainan. UMAR HOMESTAY ni baby lg...baru 5 bulan usianya.....
UMAR HOMESTAY menawarkan penginapan untuk sekiranya tuan/puan ingin melawat anak / berkursus di UITM Seremban 3, menjaga waris di HOSPITAL TUANKU JAAFAR , tempat penginapan ketika kenduri , bercuti dan mempunyai urusan di Seremban, UMAR HOMESTAY adalah lokasi yang sangat strategik untuk menginap. Ini adalah kerana keistimewaan lokasi UMAR HOMESTAY :
Saya nak perkenalkan homestay pertama kami, UMAR HOMESTAY yang terletak di Taman Seremban 3, Seremban 3, Negeri Sembilan Darul Khusus. UMAR HOMESTAY merupakan homestay corner lot dan berhadapan dengan padang permainan. UMAR HOMESTAY ni baby lg...baru 5 bulan usianya.....
UMAR HOMESTAY menawarkan penginapan untuk sekiranya tuan/puan ingin melawat anak / berkursus di UITM Seremban 3, menjaga waris di HOSPITAL TUANKU JAAFAR , tempat penginapan ketika kenduri , bercuti dan mempunyai urusan di Seremban, UMAR HOMESTAY adalah lokasi yang sangat strategik untuk menginap. Ini adalah kerana keistimewaan lokasi UMAR HOMESTAY :
- 3 minit ke UITM Seremban 3 (1km)
- 10 minit ke HOSPITAL TUANKU JAAFAR, Seremban (7km)
- 15 minit ke KTM Komuter station Seremban (8km)
- 5 minit ker PLUS TOL Port Dickson (4km)
- 15 mins to JUSCO S2 (10km)
- 15 minit ke bandar seremban (8km)
UMAR HOMESTAY, TAMAN SEREMBAN 3, SEREMBAN 3
UMAR HOMESTAY ado :
- 3 bilik tidur dan 2 bilik air
- 2 bilik ( katil queen ) dan 1 bilik ( katil single )
- Aircond di bilik tidur utama
- Pemanas Air di toilet bilik tidur utama
- Peralatan memasak, kettle n iron
- Parkir utk 2 buah kereta
- TV di ruang tamu
- Meja makan 6 kerusi di ruang makan
- Mesin basuh automatik
- Petiais
CHECK in CHECK out
- Check in 2 ptg
- Check OUT 12.30 tgh
KADAR BAYARAN
- 1 mlm = rm 160
- 2 mlm = rm 300
- 3 mlm = rm 400
Bagi mereka yg ingin menginap lebih lama.....penambahan rm 100 utk malam berikutnya.....
HUBUNGI :
Sekiranya
UMAR HOMESTAY ni…menepati keperluan tuan/ puan sila hubungi kami di
talian spt di bawah….
- Call / message / wasap : ENCIK FAIZAL HAZIZI ( 012 – 267 6252 )
- Call / message / wasap : PUAN NORLIZA BINTI IDRIS ( 017 – 654 8845 )
Sebagai owner UMAR HOMESTAY....sy amat berharap, tuan/puan mempunyai tujuan seperti yang sy nyatakan di atas SAHAJA utk menginap di UMAR HOMESTAY.....Sekiranya tuan/puan menginap di UMAR HOMESTAY atas urusan yg tidak baik@menyalahi hukum ALLAH, sy selaku owner UMAR HOMESTAY akan dakwa tuan/puan di PADANG MASYAR nanti.....nampak keras ayat ni kan...bukan apa, sy xmahu homestay ni dimudahkan utk urusan yang tidak sepatutnya....itu jer niat sy......
Sebelum mengakhiri coretan UMAR HOMESTAY......as an owner of UMAR HOMESTAY, we are serve u....those following happy perception......AMIN....
Salam sume....ini adalah update utk um@r homestay di seremban 3...gambar dlm um@r homestay....
ni ruang makan....sy suka wall paper ni....ceria jer....
ni dapur plak..ada petiais 2 pintu....selain tu, ada dapur nk masak2....microwave pon ada kalu nk panaskan lauk....water heater pon ada....baju nak basuh pon ada mesin nyer...auto washing machine....penyidai baju pon ada disediakan....so nanti, boleh siap2 cuci baju sebelum balik...tp jgn lupo bw sabun basuh yer....huhu.....
ni bilik tidur utama....sy suka sgt wall paper ni...soft sgt....bilik ni ada air cond....
ini pula bilik kedua....ada kipas....
ini pula bilik ke 3...ada kipas n iron board....tiap2 bilik ada almari utk simpan pakaian....
sekian update dr sy.....jom overnight kat cni.....
Thursday 26 February 2015
pengisian rohani
10 TIPS MENDIDIK ANAK
CEMERLANG
1. Selalu bergurau,
buat lawak dan ketawa bersama
Hasil kajian
dari Economic and Social Research Councils’ Festival of Social Science pada
tahun 2011 mengatakan dengan bergurau bersama anak-anak dapat membantu mereka
dalam hubungan sesama manusia. Apabila ibu-bapa bergurau bersama anak-anak,
diselangi dengan ketawa mereka, rasa sungguh bahagia.
2. Sentiasa bersabar
dan berfikiran positif
Ibu-bapa
jangan sesekali meluahkan perasaan marah atau negatif pada anak-anak. Apabila
mereka dilayan dengan kasar, minda mereka akan diracuni dengan perihal negatif.
Tambahan lagi, jika mereka mengalami layanan kasar yang sama ketika berada di
rumah pengasuh. Seawal umur 5 tahun, anak boleh jadi agresif. Ia akan tersimpan
dan menjadi-jadi apabila dewasa.
3. Tanamkan sifat
bersimpati pada orang lain
Tidak
bermakna tidak bersimpati pada diri sendiri. Namun, terapkan rasa simpati atas
kesusahan orang lain. Jika nampak ada orang minta sedekah, ajar anak erti
kesusahan. Berikan mereka setidak-tidaknya RM1 untuk disedekahkan. Mungkin
nilai material tidak besar, tetapi ia akan memberi kesan jangka panjang yang
amat mendalam.
4. Biarkan anak
berdikari
Bukan
ibu-bapa tidak sayang. Setidak-tidaknya, kita lihat mereka berusaha dengan
kudrat sendiri. Jika berjalan-jalan di luar, cuba biarkan anak beli makanan
sendiri. Kita perhatikan dari jauh sahaja.
5. Elakkan bergaduh di
hadapan anak
Ini penting.
Jangan bergaduh, memaki-hamun dan mencaci pasangan di hadapan anak. Ia akan
memberikan kesan psikologi yang cukup hebat. Anak akan rasa runsing, tidak
tenteram dan emosi tidak stabil. Kalau nak gaduh, sila masuk dalam bilik tidur.
Silap-silap boleh dapat anak lagi satu.
6. Jaga kesihatan,
elakkan tekanan
‘Stress’
cukup sinonim pada zaman sekarang. Mungkin sebab kerja di pejabat, mungkin juga
sebab kerja-kerja rumah. Ubat tahan sakit bagaikan makanan harian pula.
Ibu-bapa kena faham, bila mereka tertekan, anak juga terasa tempiasnya. Ini
kerana mereka akan rasa layanan yang berlainan.
7. Ayah lebihkan masa
dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki
Ini bukan
sekadar soal jantina semata-mata. Ia adalah lebih kepada kemesraan. Selalunya,
apabila anak semakin membesar, mereka masih lagi inginkan pelukan dan ciuman
dari ibu-bapa sendiri. Walaupun selalu anak lebih rapat dengan ibu, mereka juga
mahukan layanan istimewa dari ayah. Ini baru seimbang
8. Biarkan anak
‘melawan’
Bukan dalam
erti kata ‘melawan’ dengan kurang ajar. Namun biarkan anak memertahankan
pendapat mereka sendiri. Ada kalanya, anak-anak rasa dia betul, namun
sebaliknya, mereka belum cukup matang. Sebagai ibu-bapa, biarkan anak meluahkan
rasa hati dan hujah mereka. Dengar dan fahamkan. Bukan bermakna kita setuju,
tetapi sekadar memberi peluang mereka berkata-kata.
9. Usah berharap kepada
anak yang sempurna
Semua
ibu-bapa mahu anak yang ‘perfect’ atau sempurna serba-serbi. Namun, tidak
semestinya kita dianugerahkan anak yang sebegitu. Jika mereka tidak berapa
bagus pencapaian disekolah, dekatilah anak dengan kasih sayang. Jangan
marah-marah bagaikan tiada hari esok. Mungkin itu sahaja tahap yang mereka
boleh pergi. Dengan kata yang lain, ibu-bapa kena cuba menerima hakikat yang
anak mereka tidak seperti yang diharapkan. Terimalah mereka seadanya.
10. Fahami kehendak
anak
Semua orang
rasa mereka lebih tahu cara mendidik anak. Namun, tidak semua anak berperangai
sama. Mungkin ada yang sesuai dengan anak sulung, tetapi tidak pada anak kedua.
Oleh kerana itu, penuhi kehendak anak yang berlainan. Bukan bermakna manjakan
mereka dengan apa yang mereka pinta, tetapi lebih kepada penghargaan.
Penyelidik bernama Liliana Lengua dari University of Washington mengatakan
ibu-bapa perlu menyokong kehendak anak berdasarkan permintaaan mereka. Kalau
anak mahukan basikal, tentu dia akan berkata “Seronoknya tengok Amir (nama
samaran) tu main basikal kan ayah. Macam best je”. Ia tidak secara terus,
tetapi lebih kepada satu ‘signal’. Ibu-bapa kena cepat tangkap maksud tersirat
sebegini.
Tuesday 24 February 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)